suria

PRN Sarawak: Bersih Tumpu Lima Kerusi Panas

Gambar hiasan.

KUCHING: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengenal pasti lima kerusi panas bagi pilihan raya negeri Sarawak.

Bersih 2.0 mengenal pasti Tasik Biru, Batu Kitang, Bawang Assan, Senadin dan Telang Usan sebagai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi perhatian.

Bersih dalam satu kenyataan berkata, ia bekerjasama dengan kumpulan tempatan bagi menubuhkan pasukan "Pemantau Sarawak" untuk memantau pilihan raya negeri ke-11 itu.

Ia berkata, lima kerusi dipilih kerana ia merupakan kerusi tidak penting dan berisikp tinggi akan menimbulkan kesalahan dalam pilihan raya.

Tasik Biru, dekat Kuching merupakan kerusi yang menjadi rebutan antara SPDP dan parti serpihan, Teras.

Begitu juga dengan Bawang Assan di Sibu juga dituntut SUPP dan kumpulan serpihan UPP.

Penyandang bagi kedua-dua kerusi terdiri daripada parti serpihan.

Bagi Batu Kitang, ia merupakan salah satu daripada 11 kerusi baharu yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun lalu, menjadi jumlah kerusi pada pilihan raya negeri sebanyak 82 kerusi.

Telang Usan pula dilihat sebagai kerusi tidak penting buat Barisan Nasional kerana rasa tidak puas hati penduduk terhadap penangguhan projek membina empangan Baram.

Menurut satu kenyataan, kerja-kerja persiapan untuk Pemantau Sarawak bermula sejak Januari lalu dan lebih 50 pemerhati dilatih di Sarawak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain