suria

MP Kuala Terengganu Persoal Cara Rafizi Ditahan

Raja Kamarul Bahrin.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan cara penahanan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dengan menyifatkannya sebagai satu penghinaan bukan sahaja kepada Parlimen, tetapi juga institusi kekeluargaan.

"Waktu penahanan itu adalah dipilih secara kejam bagi menggugat Rafizi dan keluarganya.

"Mungkin banyak masa dan tempat lain untuk menahannya tetapi mengapa pilih pada waktu dan tempat berkenaan," kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Rafizi pada Selasa ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang dibuatnya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Ahli Parlimen Pandan itu ditahan di hadapan pintu Parlimen pada kira-kira pukul 6.20 petang Selasa semasa beliau meninggalkan bangunan Parlimen.

Beliau dibawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi tweet beliau mengesahkan penahanan itu mengikut OSA tetapi tidak mengulas lanjut.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain