suria

Semua Agensi, Anak Syarikat Mara Kini Dibawah MaraCorp

KUALA LUMPUR: Semua agensi dan anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan disatukan dibawah satu entiti dan dinamakan semula sebagai MaraCorp, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Mara Corp Bhd akan menjadi sebuah syarikat berkaitan kerajaan bernilai RM1.4 bilion.

"Tidak akan ada pembiayaan tambahan kerajaan tetapi kesemua aset akan disusun semula dengan cara yang lebih teratur dengan prinsip-prinsip tadbir urus yang lebih baik," katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 Mara pada Isnin.

Najib berkata Mara juga akan menyatukan pinjaman keusahawanan dibawah satu institusi yang baharu iaitu Rural Capital Bhd.

"Kami mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk itu dan ini akan membantu usahawan terus berkembang dalam pasaran kompetitif ini," katanya.

Berikutan kejayaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Najib turut mengumumkan rancangan untuk Universiti Mara yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

"Bagi mereka di dalam universiti ini yang mendapat tempat di universiti terkemuka luar negara, Mara akan terus membiayai pelajaran mereka," katanya.

Yayasan Pelajaran Mara juga akan dijenamakan semula sebagai Yayasan Mara, katanya.

"Ia mempunyai dana sebanyak RM800 juta yang kini boleh digunakan untuk program bantuan lain seperti kebajikan, banjir dan bantuan kemarau  - bukan hanya tertumpu kepada pendidikan," katanya.

Najib berkata Jalan Semarang dekat bersebelahan Menara Mara kini akan dikenali sebagai Jalan Mara.

"Dewan Bandaraya telah luluskan dan saya akan merasmikan jalan tersebut hari ini," katanya.

MaraCorp, Mara, Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Lain