suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Bas Rapid KL Terbakar

Kebakaran di depoh bas itu berjaya dipadamkan. - foto ihsan @bombaJBPM

KUALA LUMPUR: Kepantasan pasukan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran di depoh bas Rapid KL di Cheras Selatan berjaya menyelamatkan 193 buah bas penumpang yang masih beroperasi daripada hangus dijilat api.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 11.29 malam Ahad dan seramai 22 anggota bersama tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan Serdang dikerahkan ke lokasi.

"Api merebak dengan cepat menyebabkan lapan buah bas yang tidak digunakan  dan diletakkan di dalam depoh itu terbakar sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal pada 12.05 tengah malam dan operasi tamat sepenuhnya pada 2 pagi.

Katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.

Sementara itu, jurucakap Rapid Bus Sdn Bhd berkata kesemua bas yang terlibat dalam kebakaran itu merupakan bas yang ingin dilupuskan dan tidak beroperasi lagi.

Katanya terdapat 150 buah bas yang ingin dilupuskan termasuk lapan buah bas terbabit berada berhampiran dengan kawasan bas penumpang yang masih beroperasi di depoh tersebut.  - BERNAMA

Rapid KL, kebakaran

Artikel Lain