suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wan Azizah Enggan Sertai Kempen Selamatkan Malaysia

Wan Azizah Wan Ismail.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak akan menyertai kempen Selamatkan Malaysia yang dipelopori Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang.

Malah, beliau merasakan tiada keperluan untuk menyertai kempen tersebut.

"Buat masa ini, saya tidak perlu (menyertainya)," kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kepada pemberita di lobi Parlimen.

Wan Azizah ditanya sama ada beliau akan menyertai perhimpunan susulan yang dianjurkan Pakatan Harapan.

Kempen "Selamatkan Malaysia" dilancarkan pada Februari lalu, diketuai Dr Mahathir.

Setakat ini, kempen itu mendapat sokongan kira-kira 50 pemimpin dari kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang selain aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain