suria

Majlis Peguam Lulus Usul Gesa Apandi Letak Jawatan

Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru (tengah) pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-70 majlis itu di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam meluluskan usul menggesa Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara.

Usul berkenaan diluluskan semasa perhimpunan agung Majlis Peguam yang dihadiri lebih 1,400 peguam.

The Star yang mendapat pengesahan daripada beberapa peguam yang menghadiri perhimpunan itu berkata, usul tersebut diluluskan dengan bantahan yang minimum.

Tiga peguam - Charles Hector, Francis Pereira dan Shanmugam Ramasamy mencadangkan usul untuk membahaskan gesaan terhadap perletakan jawatan.

Mereka juga menggesa Peguam Cara Negara untuk berperanan sebagai Pendakwa Raya dalam siasatan kes rasuah membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib,

Usul itu mencetuskan perbalahan antara kedua-dua pihak dari segi perbezaan politik, dari Pegguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sehingga ke peguam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, R.S.N. Rayer.

Satu cadangan memerlukan peguam-peguam muda mengambil kursus pengurusan profesional atau risiko didenda turut dilluskan.

Beberapa peguam mengesahkan bahawa usul itu diluluskan dengan beza hanya satu undi, iaitu 295 berpihak, 295 bantahan dan 12 berkecuali.

Ini bermakna ia akan menjadi mandatori kepada peguam dengan sijil amalan kurang lima tahun untuk mengumpulkan 16 mata Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dalam tempoh dua tahun atau dikenakan denda sehingga RM500.

Artikel Lain