suria

PAS-Ikatan Belum Bincang Terperinci Hal Hudud - Hadi

Hadi bersama Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir ketika memeterai kerjasama baru-baru ini.

ALOR SETAR: PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hanya mengadakan perbincangan awal mengenai pelaksanaan hudud selepas kedua-dua parti itu menjalinkan permuafakatan baru-baru ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kedua-dua parti itu belum  membincangkan dengan terperinci mengenai hudud.

"Perbincangan secara umum kerana baru ditubuhkan, belum terperinci lagi.  Isu hudud adalah isu undang-undang...mesti dibetulkan konsep sistem kehakiman terlebih dahulu," katanya selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-65 PAS di Dewan Kompleks PAS di sini, Sabtu.

Beliau mengulas laporan sebuah portal yang memetik Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebagai berkata bahawa Ikatan dan PAS sependapat yang hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Rabu lepas, PAS mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Ikatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.-- Bernama


PAS, Ikatan, hudud, Abdul Hadi Awang

Artikel Lain