suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

NGO Bantah Deklarasi Rakyat Di Yayasan Kepimpinan Perdana

Jamal Md Yunos.

PUTRAJAYA: Satu kumpulan berhimpun di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana bagi menyerahkan memorandum membantah deklarasi rakyat yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Jamal Md Yunos yang mengetuai kumpulan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) berkata, kumpulan itu kecewa dengan bekas perdana menteri yang kini bekerjasama dengan "musuh"nya untuk menyingkirkan perdana menteri.

"Kami begitu kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan kami merupakan penyokong setia beliau. Tetapi apa yang beliau lakukan ini tidak boleh diterima.

"Beliau bukan sekadar bekerjasama dengan pembangkang, beliau mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin kerajaan yang dipilih secara demokrasi," kata Jamal di luar pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Jumaat.

Jamal berkata, walaupun gabungan itu menyokong kebebasan bersuara, tetapi keterbukaan seharusnya beretika, disiplin dan patrotisme.

Beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap tindakan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa pemimpin Umno yang lain kerana bersekutu dengan pembangkang, terutama DAP.

Jamal Md Yunos

Artikel Berikut

Artikel Lain