suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tukang Masak Ditahan Berkaitan Kes Bunuh Di Kampar

IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh lelaki warga emas di Jalan Hospital di Kampar, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata suspek berusia 43 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan di Jalan Idris, Kampar kira-kira pukul 11.40 pagi tadi.

"Ketika ditahan suspek berada dalam kereta bersama seorang lelaki dipercayai 'bos' beliau dan hasil siasatan mendapati lelaki itu tidak terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

"Kita akan menjalankan siasatan untuk membawa kes itu ke mahkamah, namun sehingga kini polis belum menemukan pisau disyaki diguna untuk membunuh mangsa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Anak-Anak Cemerlang warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak di sini Jumaat.

Pada majlis itu, 194 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam pelbagai peperiksaan awam menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi.

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa Loo Chee Man, 61, ditemui mati oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di tepi jalan dengan enam kesan tikaman di badan.

Ng berkata mangsa dipercayai ditikam seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran dipercayai berkaitan hutang.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, suspek turut terlibat dalam kegiatan pinjaman wang secara haram serta perjudian haram lumba kuda dan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

kes bunuh, tukang masak

Artikel Lain