suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesilapan Gambar: mStar Mohon Maaf

PETALING JAYA: Portal berita, mStar Online ingin memohon maaf berikutan kesilapan menggunakan gambar berhubung berita bertajuk 'Larangan Import Produk Manuka Honey Berkuat Kuasa Hari Ini' yang diterbitkan pada 28 Februari lalu.

Dalam laporan berkenaan, Kementerian Kesihatan mengenakan larangan import produk Manuka Honey keluaran Syarikat Evergreen Life Limited di New Zealand manakala pihak mStar Online telah menggunakan gambar produk Manuka Honey daripada syarikat Manuka Health New Zealand Limited.

Berikutan kesilapan tersebut, mStar Online telah menarik balik gambar berkenaan bagi memperbetulkan tanggapan pembaca mengenai produk yang tidak dilarang keluaran Manuka Health New Zealand Limited.

Pembetulan juga telah dibuat di laman sosial Facebook mStar Online selepas dimaklumkan syarikat berkenaan.

Sehubungan itu, mStar Online juga memohon maaf kepada Manuka Health New Zealand Limited berikutan kesilapan yang telah dilakukan. 




Artikel Lain