suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khaled Minta Ahli Terima Keputusan MT 'Gantung' Muhyiddin

JOHOR BARU: Ahli-ahli Umno perlu menerima keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi parti itu untuk menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled yang juga ahli Majlis Tertinggi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor berkata, beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat badan tertinggi parti itu di Menara Dato' Onn kerana mengiringi Sultan Johor ke Festival Layang-Layang Antarabangsa di Pasir Gudang pada Jumaat malam.

Katanya, walaupun tidak hadir pada mesyuarat itu, beliau memahami bahawa terdapat keperluan supaya timbalan presiden Umno membantu dan menyokong presiden parti dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Mengenai implikasi penggantungan Muhyiddin kepada Umno Johor, Mohamed Khaled berkata "Timbalan Presiden adalah jawatan yang dipilih oleh seluruh negara, bukan hanya di Johor sahaja"

Beliau juga menasihatkan semua pemimpin bahagian di negeri ini untuk mengekalkan agenda perpaduan Johor.

Umno, Khaled Nordin, Muhyiddin Yassin

Artikel Lain