suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gantung Muhyiddin: "Saya Benar-Benar Kecewa" - Mukhriz

PETALING JAYA: Penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan presiden Umno akan menyebabkan parti itu kehilangan sokongan rakyat, kata bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Saya benar-benar kecewa dengan keputusan Majlis Tertinggi menggantung Tan Sri. Mereka membuat keputusan itu hanya kerana Muhyiddin seperti saya dan Datuk Seri Shafie Apdal mengkritik presiden parti dan tindakannya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya lagi, Umno dan Barisan Nasional akan berhadapan kemarahan rakyat berikutan tindakan mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Pada Jumaat, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menggantung Muhyiddin daripada jawatan timbalan presiden parti sehingga pemilihan Umno akan datang.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan susulan kritikan berterusan Muhyiddin terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Selangor Hot Spot Denggi

Artikel Lain