suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hutan Di Batu Caves Terbakar

KUALA LUMPUR: Sebahagian hutan di belakang bukit batu kapur, Batu Caves terbakar pagi Jumaat.

Kepulan asap tebal boleh dilihat sekitar Gombak dan kawasan berhampiran.

Kebakaran itu disedari penduduk dekat Taman Industri Boltonkira-kira pukul 10.30 pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata mereka menerima satu panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.42 pagi.

"Jentera bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian," katanya.

Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada cuaca panas dan kering sejak kebelakangan ini.

Jurucakap jabatan itu juga memberitahu bahawa api berjaya dikawal dan tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.


Batu Caves, kebakaran

Artikel Sebelum

Polis Siasat Ketua Pengarang TMI

Artikel Berikut

Artikel Lain