suria

Nahas TUDM: Hishammuddin Arah PTU Pantau Siasatan

Hishammuddin Hussein.

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengarahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad, memantau sendiri siasatan berhubung insiden pesawat pengangkut CN235 milik TUDM mendarat cemas di pantai Kuala Selangor kira-kira pukul 8.50 pagi Jumaat.

Hishammuddin menyatakan perkara itu menerusi akaun Twitter miliknya, sebentar tadi.

"Saya telah arah TS PTU sendiri pantau siasatan," katanya.

Beliau turut bersyukur kerana semua lapan anak kapal dilaporkan selamat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain