suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Imigresen Maut Motosikal Terbabas

SUNGAI PETANI: Seorang pegawai Imigresen maut selepas motosikal Yamaha FZ150i yang ditunggangnya terbabas di Batu 10 Jalan Jeniang-Gurun, di hadapan sebuah stesen minyak, dekat sini, Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata dalam kejadian pada 12.35 itu, Muhammad Amzar Norani, 21, sedang dalam perjalanan dari Jeniang ke Gurun, telah hilang kawalan dan terbabas sendiri.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat," katanya pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Imigresen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain