suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Siasat Ketua Pengarang TMI

Khalid Abu Bakar.

PETALING JAYA: Ketua Pengarang The Malaysian Insider (TMI), Jahabar Sadiq akan disoal siasat berkaitan artikel mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan mengenai perkara itu menerusi akaun Twitternya pagi Jumaat.

Khalid berkata artikel tersebut dikatakan menimbulkan 'kekeliruan' di kalangan rakyat mengenai Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM.

"PCIRC @PDRMsia panggil Ketua Editor @tm_insider dan siasat lapuran yg mengelirukan org ramai berkenaan Panel MACC," tulisnya.

Pada Khamis, dua ahli PPO berkata mereka bukan dalang disebalik laporan bertajuk “Enough proof to charge Najib over SRC”.

Pengerusi PPO, ‎Tan Sri Hamid Bugo berkata, pihaknya tidak pernah membenarkan mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan mewakili Panel.

"Dengan ini, pihak kami menegaskan kami tidak pernah mengeluarkan mana-mana kenyataan seperti yang dilaporkan portal berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman TMI ekoran tindakan portal‎ berkenaan didakwa mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

TMI, Khalid Abu Bakar

Artikel Sebelum

Nazri Tolak Penyatuan Umno-PAS

Artikel Berikut

Hutan Di Batu Caves Terbakar

Artikel Lain