Panel SPRM Sangkal Laporan TMI - Semasa | mStar

Panel SPRM Sangkal Laporan TMI

KUALA LUMPUR: Panel Penilaian Operasi yang menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyangkal yang ia "mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC" seperti dilaporkan dalam portal berita Malaysian Insider pada Khamis.

Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo berkata Panel tiada kaitan langsung dengan laporan berita yang memetik anggota panel yang tidak dinamakan sebagai sumber berhubung beberapa kenyataan yang dikatakan daripada Panel.

"Kami ingin menyatakan bahawa tiada sumber tanpa nama diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak Panel dalam mana-mana keadaan. Dengan ini, kami ingin menegaskan bahawa kami tiada kaitan langsung dengan semua kenyataan yang memetik sumber tanpa nama itu," katanya dalam kenyataan.

Hamid berkata Panel langsung tidak pernah pada mana-mana masa menyatakan ia mempunyai "cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC" seperti didakwa dalam tajuk artikel itu, atau bahawa "terdapat bukti berwibawa untuk merangka pertuduhan terhadap (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak".

Panel juga tidak membuat rumusan bahawa "penyiasat SPRM telah mengumpul keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib", katanya.

Bagaimanapun, katanya, Panel ada menasihatkan SPRM untuk melengkapkan penyiasatannya.

Hamid turut merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh SPRM semalam yang menyatakan "SPRM diminta oleh Panel untuk mengeluarkan kenyataan umum berhubung isu ini".

"Kami tidak membuat permintaan seumpama itu kepada SPRM," katanya.

"Bagaimanapun terpulang kepada SPRM sekiranya ia mahu mengeluarkan sebarang kenyataan."

SPRM

Artikel Berikut

Dua Panel Pemantau SPRM Tidak Dimansuhkan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain