suria

Kes Bunuh Tapah: Polis Mohon Inkues Kenal Pasti Punca Kematian

TAPAH: Polis Perak akan mengemukakan cadangan kepada Mahkamah Majistret untuk mengadakan inkues bagi menyiasat punca kematian empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Goh Kok Liang berkata pihaknya akan merujuk kertas siasatan kes itu kepada mahkamah setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, sehingga kini punca kematian tidak dapat dibuktikan terutama ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh sebelum ini tidak sepadan.

"Polis tidak dapat memutuskan bahawa keempat-empat mangsa ini meninggal dunia akibat dibunuh. Cadangan ini dibuat berikutan keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah memerintahkan dua suspek dikenakan tahanan dua tahun.

"Kita mencadangkan kes ini dirujuk kepada mahkamah untuk mendapat keputusan dengan kematian empat mangsa. Inilah jalan terbaik," katanya kepada pemberita selepas bertemu keluarga mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini, Khamis.

Turut hadir Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw.

Pada 5 Februari lepas, Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan Perintah Tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) ke atas dua beranak berhubung kes pembunuhan tersebut.

Dua beranak itu dikenakan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 19A (1) POCA.

Individu pertama seorang mekanik berusia 58 tahun diperintah menjalani tahanan di Pusat Pemulihan Khas Simpang Renggam, Johor selama dua tahun, manakala anak lelakinya yang berumur 21 tahun akan ditahan di Pusat Pemulihan Khas Kluang, Johor juga selama dua tahun.

Pada 26 Oktober lepas, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada 1.30 tengah hari susulan laporan kehilangan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas.

Dua lagi suspek iaitu isteri dan anak mekanik itu yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan, dibebaskan tanpa syarat pada 2 Disember tahun lepas setelah didapati mereka tiada kaitan dengan kehilangan lelaki itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SKMM Sekat The Malaysian Insider

Artikel Lain