suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin Tidak Wakili Johor - Nazri

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau akan mengusulkan supaya keanggotaan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti, Jumaat.

Beliau berpendapat prestasi Umno di Johor tidak akan terjejas sekiranya  Muhyiddin digantung daripada parti kerana Ketua Umno Bahagian Pagoh itu bukannya mewakili suara majoriti Umno Johor.

"Sejak bila pula Muhyiddin mewakili Johor? Ketua Badan Perhubungan Umno Johor adalah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin," katanya pada pemberita di Istana Budaya di sini hari ini.

Mohamed Nazri ditanya mengenai akibat yang bakal berlaku di Johor sekiranya tindakan diambil ke atas Muhyiddin berikutan kritikan secara terbuka terhadap Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya beliau akan kemukakan aduan mengenai tindakan Muhyiddin yang membelakangi presiden parti dan seterusnya mengusulkan supaya keanggotaannya digantung.

Artikel Sebelum

Artikel Lain