suria

Dua Panel Pemantau SPRM Tidak Dimansuhkan

Abu Kassim Mohamed

KUALA LUMPUR: Dua panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan dimansuhkan, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dibentuk secara pentadbiraan di bawah Akta SPRM 2009.

"Kerajaan kini dalam proses membuat pelantikan keanggotaan panel-panel berkenaan bagi penggal baharu," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata SPRM mengambil maklum nasihat dan syor yang diberikan oleh PPO pada mesyuaratnya yang ke-29 semalam berhubung siasatan SRC International dan derma RM2.6 bilion.

Justeru itu, SPRM berharap perkara itu tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak sebagai satu tindakan mencabar Peguam Negara.

"Saya ingin menegaskan sebagaimana Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan bahawa kuasa pendakwaan adalah di bawah Peguam Negara," katanya.

SPRM

Artikel Sebelum

Panel SPRM Sangkal Laporan TMI

Artikel Berikut

Artikel Lain