suria

Empat Maut Dalam Kemalangan Di Teluk Intan

TELUK INTAN: Empat orang, termasuk tiga sekeluarga, terbunuh apabila kereta Perodua Viva yang dinaiki merempuh sebuah Toyota Hilux di Jalan Sungai Rubana di sini Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.10 petang dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Teluk  Intan dan Hutan Melintang digegaskan ke tempat kejadian.

"Keempat-empat mangsa dari Kampung Gajah, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Hilux mengalami kecederaan.

"Pemandu Hilux telah dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Noh @ Mat Noh Abdul Hamid, 64; Nurul Afiqah Noh @ Mat Noh, 18; Noriah Hashim, 57, kesemuanya dari Felcra Bandar Seberang Perak dan Lelawati Baharudin, 37, dari Taman Changkat Lada Raya.

Menurut jurucakap, dua mangsa telah terperangkap dalam bangkai kenderaan selepas kejadian.

Anggota penyelamat telah mengeluarkan mayat seorang mangsa wanita dan masih berusaha untuk mengeluarkan mayat mangsa lelaki yang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain