Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Abdullah Arshad berkata semua pelatih itu yang masih memakai baju pusat tersebut ditahan semula oleh polis ketika sedang merayau-rayau di sekitar Ladang Bukit Selarong, Sungai Karangan yang terletak 15 kilometer dari Sungai Kob, kira-kira 10 pagi tadi.
"Kelima lima mereka yang berusia lingkungan 30-an kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Abdullah berkata kelima-lima pelatih berkenaan dikatakan melarikan diri setelah bertindak memotong pagar keselamatan di bahagian belakang pusat tersebut kira-kira 7.40 pagi, Jumaat lalu.
"Ketika itu, para pelatih sedang minum pagi dan pelatih berkenaan menggunakan kesempatan untuk meloloskan diri," katanya.


