suria

PETALING JAYA: Australia telah pertingkatan kawalan keselamatan ke atas bekas komando polis, Sirul Azhar Umar yang dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya.

Menurut laporan oleh pegawai Tentera Sempadan Australia , Sirul Azhar telah diletakkan dalam pengurungan berasingan dan pelawat-pelawatnya perlu menjalani imbasan keselamatan yang ketat.

Jelasnya, tindakan luar biasa itu diambil berikutan kebimbangan Sirul Azhar yang sebelum ini memohon visa perlindungan kemungkinan terdedah kepada ugutan atau paksaan daripada Unit Risikan Cawangan Khas Polis Malaysia.

Beberapa minggu lalu, video Sirul Azhar menolak tuduhan ke atasnya disiarkan, termasuk pendedahan bahawa Altantuya mengandung ketika meninggal dunia.

Jelas laporan itu, pegawai-pegawai Australia percaya video itu direkodkan sebelum Sirul Azhar tiba di Pusat Tahanan Villawood, Sydney.

Sirul Azhar dan bekas pegawai UTK, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Per­sekutuan pada 13 Januari 2015 kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu, tetapi Sirul Azhar bertindak melarikan diri ke Australia.

Dia bagaimanapun ditahan pada 20 Jan oleh pegawai imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah, dan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain