suria

Ganti Rugi RM900,000 Untuk Pemandu Teksi Diberi Darah Dicemari HIV

- Gambar hiasan
IPOH: Pusat Perubatan Kinta (KMC) diperintah membayar ganti rugi hampir RM900,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini kepada seorang pemandu teksi yang disahkan HIV positif selepas menerima darah yang dibekalkan hospital itu 11 tahun lalu, Khamis.

Hakim Samsudin Hassan memerintahkan KMC untuk membayar RM750,000 sebagai ganti rugi am dan RM96,000 bagi kehilangan keupayaan dan kos RM50,000.

Hakim Samsudin berkata KMC melanggar kewajipan penjagaannya apabila ia gagal untuk menyaring darah daripada penderma, yang akhirnya diberikan kepada plaintif yang berusia 27 tahun di sebuah lagi hospital swasta, Hospital Fatimah, di mana dia telah mendapatkan rawatan akibat kemalangan jalan raya.

"Satu unit khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menyiasat dan mendapati bahawa satu daripada tiga pek darah yang diberikan kepada plaintif, dari KMC adalah HIV positif.

Hakim Samsudin berkata KMC gagal mengikuti protokol dalam pengambilan darah apabila ia tidak menjalankan peringkat pertama saringan yang menggunakan ELISA atau ujian imunoserapan enzim seperti yang dikehendaki oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Sebaliknya, defendan hanya mejalankan ujian kedua, Serodia Treponema pallidum zarah agglutination, yang tidak berkesan dalam ujian untuk HIV pada tahun 2005."

Hakim Samsudin berkata KMC gagal menggunakan sebuah buku untuk merekodkan butiran penderma darah serta gagal bertanyakan kepada penderma soalan-soalan yang perlu, seperti yang dikehendaki oleh Pusat Darah Negara untuk memastikan kesesuaian mereka.

Bercakap kepada media di luar mahkamah, ibu plaintif berkata anaknya mengalami penderitaan fizikal, emosi dan mental.

"Sejak itu kami berpindah ke negeri lain dengan harapan untuk memulakan hidup baru. Walaupun begitu, anak saya tidak bersosial kerana sangat takut orang sekelilingnya tahu tentang penyakitnya."

Plaintif diwakili oleh V. Vijaya Segaran dan Intan Surayya Abdul Halim manakala KMC diwakili Datuk Naran Singh, Pardeep Singh dan Ashvinder Kaur.

darah HIV, KMC

Artikel Sebelum

Artikel Lain