suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Ditahan SKMM Muat Naik Kandungan Jelik

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya menahan dua orang lelaki yang disyaki memuat naik kandungan jelik di media sosial pada Disember tahun lepas.

SKMM dalam satu kenyataan berkata dua lelaki berusia 26 dan 57 tahun itu ditahan reman dalam serbuan yang dijalankan di Alor Setar dan Kota Baharu awal minggu ini.

"Peralatan komunikasi milik suspek telah disita bagi membantu siasatan," kata SKMM dalam kenyataan itu.

SKMM berkata penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan adalah satu kesalahan seperti yang termaktub dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Ini termasuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

"Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," kata SKMM.

SKMM, kandungan jelik

Artikel Lain