suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Terpedaya NGO Guna Nama Timbalan Menteri Kewangan Pungut Dana

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan individu atau mana-mana organisasi yang menyalahgunakan namanya untuk memungut wang atau dana.

Beliau menyeru orang ramai yang didatangi pihak terbabit agar membuat semakan terlebih dahulu di Pejabat Timbalan Menteri Kewangan untuk mendapatkan pengesahan.

"Isnin lepas saya menerima panggilan daripada sebuah bank tempatan bahawa cek atas nama isteri saya telah siap untuk dipungut. Setelah menyiasat saya mendapat tahu bahawa sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) menyalahgunakan nama saya dan isteri saya bagi memungut dana sebanyak RM30,000.

"Menurut pegawai bank berkenaan sumbangan itu adalah atas permintaan saya dan isteri saya, namun saya menafikan hal itu kerana kami tidak pernah meminta mana-mana NGO untuk berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 9.30 pagi Khamis.

"Jika mana-mana NGO atau organisasi yang memerlukan dana, sila datang ke pejabat kami untuk berbincang, tolong jangan menyalahgunakan nama saya dan keluarga saya," tegasnya.

Sehubungan itu, Tee Yong meminta pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap NGO berkenaan yang cuba memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama beliau serta isterinya.--Bernama

Artikel Lain