suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suhu turun 8 darjah celsius dalam tempoh seminit, teknologi hujan ‘rooftop’ penyelamat bahang cuaca panas di China

Teknologi 'rooftop rain' berupaya mengawal cuaca panas di China. -Gambar hiasan AI

SEBUAH kawasan kediaman di Yuncheng, wilayah Shanxi, China mencuri perhatian dunia selepas mencipta 'hujan' dalam usaha mengawal suhu persekitaran yang melonjak sepanjang musim panas.

Sistem digelar rooftop rain itu sebenarnya bukan hujan sebenar atau menggunakan teknologi menghasilkan hujan sebaliknya adalah sistem penyemburan kabus bertekanan tinggi yang dipasang dari atas bumbung bangunan.

Bertempat di kawasan perumahan Xijian Tianmao Guobinfu, sistem itu dipasang pada lapan bangunan kediaman dengan setiap bumbung mempunyai lebih 200 muncung penyembur.

Apabila diaktifkan ketika cuaca panas, muncung berkenaan menghasilkan titisan air yang sangat halus sehingga kawasan perumahan kelihatan seolah-olah dilanda hujan dari langit.

Menurut laporan media BGR, sistem berkenaan boleh beroperasi sekitar lima hingga 10 minit bagi setiap sesi. 

Air yang disembur kemudiannya menyerap haba daripada persekitaran, sekali gus membantu menurunkan suhu sehingga lapan darjah celsius.

Konsep itu dikenali sebagai penyejukan penyejatan atau evaporative cooling iaitu prinsip yang hampir sama dengan proses peluh membantu menyejukkan tubuh manusia.

Menurut pengurusan kawasan perumahan itu, suhu udara boleh berkurangan sekitar lima hingga lapan darjah celsius, manakala suhu di permukaan tanah dilaporkan boleh turun sehingga 12 darjah celsius selepas sistem tersebut diaktifkan. 

Menariknya, penduduk tidak semestinya perlu berdepan dengan hujan lebat atau kawasan yang basah kerana sebahagian besar air berada dalam bentuk kabus halus ketika serapan haba berlaku.

Dalam masa sama, kabus air itu turut boleh menghasilkan pelangi, menjadikan teknologi tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai sistem penyejukan tetapi mencetuskan pemandangan menarik di kawasan berkenaan.

Artikel Lain