suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Terbuka Demi Perpaduan Melayu, Umat Islam - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Umno sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak termasuk PAS dalam soal kerjasama politik untuk memperkukuhkan perpaduan Melayu dan umat Islam, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kerjasama ini bukan berhasrat untuk mengetepikan kaum dan agama lain di negara ini.

"Ia adalah agenda untuk memperkukuhkan ummah dengan tahaluf siyasi iaitu kerjasama politik.

"Namun ia bukan satu gambaran bahawa Umno tidak menghulur tangan kepada pihak lain," katanya pada sidang media harian sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, agenda dalam kerjasama politik ini perlu dibina atas dasar permuafakatan demi Islam.

"Ianya tidak boleh bertepuk sebelah tangan dan usaha hendaklah diteruskan. Saya yakin ia dapat jalinan sefahaman untuk mewujudkan kebersamaan.

"Mudah-mudahan terjadilah. Tepukan itu satu suara yang kuat untuk kepentingan ummah keseluruhannya," katanya.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain