suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anina Fail Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi

Anina Saadudin
KUALA LUMPUR: Anina Saadudin pada Khamis memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membatalkan saman dikemukakan bekas anggota Wanita Umno Bahagian Langkawi itu berhubung pemecatannya daripada Umno.

Anina memfailkan rayuan itu melalui peguamnya Mohamed Haniff Khatri Abdulla di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mohamed Haniff berkata rayuan itu akan didengar di Mahkamah Rayuan dan sesalinan notis rayuan berkenaan telah diserahkan kepada peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun Khamis.

Mohd Hafarizam mewakili Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

Pada 7 Disember lepas, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Tengku Adnan dan Ab Rauf Yusoh untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Anina.

Pesuruhjaya Kehakiman S. Nantha Bala dalam keputusannya berkata mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar perkara berhubung pertikaian dan hal ehwal parti politik di bawah Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan 1966.

Pada 5 Oktober lepas, Anina memfailkan saman terhadap Tengku Adnan dan Ab Rauf, antara lain, menuntut pengisytiharan bahawa dua surat pemecatan yang dikeluarkan oleh defendan tidak sah dan tidak menjejaskan keahliannya dalam Umno.

Anina dipecat daripada Umno selepas beliau memfailkan saman pada 8 Ogos lepas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi presiden parti itu.
Anina Saadudin, pecat keahlian

Artikel Lain