suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dana RM2.6 Bilion Akan Dijawab 3 Disember Ini

Azalina Othman Said.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menjawab mengenai isu dana politik  RM2.6 bilion pada sesi soal jawab pada hari terakhir sesi persidangan Dewan Rakyat penggal ini.

Ia berkenaan dengan dana politik yang disalurkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata, semua persoalan yang dibangkitkan berhubung perkara itu akan dijawab pada hari terakhir sesi sidang Dewan Rakyat. 

"Kita akan jawab pada sesi akhir pada 3 Disember ini.

"Peraturan mesyuarat tidak menyatakan jawapan tidak akan diberikan pada hari yang saya soalan itu ditanya, jadi kita akan kumpul kesemua soalan dan jawapan pada satu masa," katanya dalam satu temuramah di Parlimen pada Khamis.

Ditanya sekiranya Najib akan hadir bagi menjawab soalan itu sendiri, Azalina berkata, ia bergantung kepada beliau untuk memutuskannya.

Artikel Berikut

Artikel Lain