suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Zahid Sahkan Plot Guling Kerajaan

Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengesahkan terdapat plot untuk menggulingkan kerajaan melalui cara yang tidak demokratik tetapi tidak mendedahkan butirannya atas faktor keselamatan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis masih mengumpul bukti berhubung perkara tersebut.

"Kerajaan sentiasa serius terhadap sesiapa yang cuba menggunakan cara yang tidak demokratik untuk menjatuhkan kerajaan yang sah. Kerajaan juga menyedari bahawa usaha yang menyalahi undang-undang ini akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Kerajaan telah mengenal pasti terdapat rancangan tertentu untuk menjatuhkan pentadbiran tanpa melalui proses demokrasi.

"Bagaimanapun, bukti-bukti rancangan itu tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan dan polis sedang mengumpul butiran berhubung perkara ini," katanya kepada Nasruddin Hassan (Temerloh-PAS) di Parlimen.

Nasruddin bertanya Menteri Dalam Negeri bagi mengemukakan bukti mengenai plot untuk menjatuhkan kerajaan.

Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Sebelum

Artikel Lain