suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAC Tunggu Penjelasan Speaker Sama Ada Arul Boleh Buat Kenyataan

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mendapatkan penjelasan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sama ada Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy boleh terus membuat kenyataan umum memandangkan beliau adalah saksi utama dalam siasatan terhadap syarikat itu.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata beliau tidak pasti mengenai sejauh mana larangan supaya Arul dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua agar tidak terlibat dalam debat secara terbuka.

Menurut Hasan pihaknya ingin mengetahui sama ada Arul juga dilarang daripada membuat kenyataan media kepada umum.

"Saya perlu mendapatkan penjelasan daripada pejabat Speaker. Saya tidak begitu jelas mengenai perkara ini, tetapi ternyata bahawa mereka (Pua dan Arul) tidak dibenarkan untuk bercakap secara terbuka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Ketua PAC yang baharu dilantik itu bertanya sama ada keputusan Speaker itu juga bermakna bahawa Arul tidak lagi boleh bercakap kepada media atau ditemuramah di televisyen mengenai 1MDB sehingga siasatan selesai.

Artikel Lain