suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentukan Sama Ada Pertuduhan Khairuddin, Chang Mengikut Sosma - Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Selasa memerintahkan Mahkamah Tinggi memutuskan sama ada pertuduhan terhadap bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang adalah di bawah Akta Kessalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Semasa menolak permohonan kedua-dua tertuduh untuk dibenarkan diikat jamin, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria juga memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar permohonan mereka bagi diikat jamin.

Beliau berkata Mahkamah Persekutuan tidak boleh memberikan ikat jamin sementara kepada Khairuddin dan Chang kerana ia sama seperti prapenghakiman terhadap perkara itu.

Ariffin kemudian menetapkan Khamis ini (5 November) untuk Mahkamah Tinggi mendengar perkara itu, menyatakan perkara itu patut didengar segera kerana ia melibatkan kebebasan seseorang.

Beliau juga memerintahkan Mahkamah Rayuan mendengar perkara itu dengan kadar segera, sekiranya perkara itu dibicarakan di mahkamah.

Batu Kawan, Sosma, 1MDB

Artikel Berikut

Artikel Lain