suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Kotak

MIRI: Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui orang awam di Taman Ceria Permyjaya pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Miri ACP Junaidi Bujang berkata bayi perempuan tersebut dijumpai dalam keadaan sihat tubuh badan serta ditinggalkan dalam sebuah kotak dan dibalut dengan kain.

"Semasa bayi tersebut ditemui saksi tidak melihat individu lain bersama dengan bayi tersebut dan bayi dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan daripada orang awam pada 5.38 pagi ini.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membuang bayi.

Bayi, Kotak, Miri

Artikel Lain