suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DAP Sedia Pilih Calon Lain Ganti Pua

KUALA LUMPUR: DAP sanggup memilih seorang 'pendebat' lain untuk menggantikan Tony Pua bagi menjayakan debat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, keputusan itu akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan parti-parti sekutu Pakatan Harapan.

"Sebagai ketua whip DAP, saya tak bersetuju bahawa Pua perlu meletak jawatan atau keluar daripada siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB.

"Kami akan berbincang dan memutuskan calon terbaik untuk menggantikan Pua.

"Mungkin penggantinya adalah seorang Ahli Parlimen ataupun bukan. Yang penting beliau tiada kaitan dengan PAC," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Sebelum itu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Pua dan Arul tidak boleh terlibat dalam sebarang debat kerana kedua-dua mereka mempunyai kaitan dalam siasatan PAC.

Artikel Sebelum

Bersih 4: Maria Chin Didakwa

Artikel Lain