suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perhimpunan Anti Kerajaan Selangor Di Ampang Haram - Polis

Datuk Jamal Yunos
PETALING JAYA: Polis akan bertindak terhadap penganjur, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos, jika beliau ingin meneruskan perhimpunan untuk menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri Selangor Ahad ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, tiada permit dikeluarkan untuk perhimpunan yang akan diadakan di sebuah pusat beli-belah di Ampang itu.

"Ya, perhimpunan itu adalah haram. Jika pihak penganjur membuat keputusan untuk meneruskan demonstrasi, kita akan mengambil tindakan mengikut undang-undang," kata Abdul Samah kepada The Star.

Beliau berkata anggota polis akan bertugas di pusat beli-belah itu pada Ahad untuk mengekalkan ketenteraman awam dan mencegah kejadian yang tidak diingini.

"Sama seperti perhimpunan Bersih 4, pegawai polis akan dikerahkan untuk memantau keadaan di pusat beli-belah.

"Jika terdapat suatu perhimpunan yang dirancang, kami akan berada di sana. Ia menjadi tanggungjawab kita sebagai pegawai polis," katanya.

Pihak penganjur dilaporkan telah memaklumkan kepada polis dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tentang demonstrasi yang dirancang.

MPAJ telah menolak permintaan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Spectrum Ampang.

Artikel Berikut

Artikel Lain