suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sindiket Bomoh Warga China Kembali Aktif

-Gambar hiasan
KUCHING: Sindiket penipuan bomoh membabitkan warga China kembali aktif di Sarawak apabila dua kes dilaporkan berlaku di Kuching dan Padawan membabitkan kerugian sebanyak RM45,000 bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Supt Yow Kok Khiang berkata daripada maklumat diperolehi, kes terbaharu itu melibatkan tiga suspek perempuan dan seorang lelaki warga China berusia dalam lingkungan 40-an.

"Sindiket serupa ini telah senyap seketika selepas satu sindiket berjaya ditumpaskan pada Jun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Yow berkata modus operandi sindiket itu ialah anggota sindiket berkenaan akan mencari mangsa yang terdiri daripada kaum wanita berbangsa Cina berumur 45 hingga 70 tahun di pasar-pasar basah sekitar bandar raya Kuching dan Padawan.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terutamanya jika didatangi perempuan atau lelaki warga China yang bertanyakan mengenai bomoh dan berkata anda atau anggota keluarga anda sedang diganggu oleh hantu atau roh jahat," katanya.

Beliau berkata orang ramai juga diminta segera menghubungi polis jika didatangi anggota sindiket berkenaan atau mengesyaki diri ditipu oleh mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Lain