TPPA: Malaysia Boleh Tarik Diri Jika 'Kurang Selesa' - Mustapa

Datuk Seri Mustapa Mohamed
KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada bila-bila masa, walaupun selepas pelaksanaannya, jika berasa 'kurang selesa', kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Malaysia juga tidak akan dikenakan denda atau penalti jika menarik diri daripada perjanjian itu kerana TPPA adalah perjanjian sukarela.

"Bagaimanapun, sekiranya kita menarik diri, kita akan menjadi kurang kompetitif berbanding negara-negara ahli yang lain," katanya pada sesi #TanyaGomen di sini, Jumaat.

Beliau berkata TPPA akan dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen serta hanya ditandatangani sekiranya mendapat persetujuan Parlimen.

"Jika ditandatangani, TPPA perlu melalui proses ratifikasi selama dua tahun yang akan melibatkan penggubalan dan pindaan undang-undang untuk diselaraskan dengan TPPA, dan jika undang-undang yang dibentang tidak dipersetujui oleh Parlimen, Malaysia boleh membatalkan perjanjian," katanya.

Mustapa juga berkata kandungan TPPA akan didedahkan kepada umum dalam tempoh beberapa minggu lagi bagi memastikan masyarakat mendapat gambaran sebenar perjanjian.

Beliau turut memberi jaminan pelaksanaan TPPA tidak akan menyebabkan kemasukan barangan bawah piawaian ke Malaysia.

"Kita ada dasar-dasar negara, kita ada SIRIM untuk memastikan barang-barang yang diimport mengikuti piawaian.

"Dasar-dasar ini akan diteruskan," katanya yang menambah jika perkara seumpama berlaku, ia disebabkan penguatkuasaan tidak berkesan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain