suria

Dr Hilmi Tak Patut Persoal Cara Kerajaan Kendali Jerebu - Junaidi

KUCHING: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Dr Hilmi Yahya tidak seharusnya mengkritik kerajaan mengenai cara mengendalikan jerebu dan kesihatan awam.

"Timbalan Menteri Kesihatan itu sepatutnya bertanya kepada wakilnya yang turut menganggotai jawatankuasa jerebu kebangsaan untuk tahu apa yang dibincangkan pada mesyuarat itu minggu lalu," katanya.

Pada Jumaat, Dr Hilmi mengadu mengenai angka rendah Indeks Pencemaran Udara (IPU) negara berbanding bacaan Indeks Standard Pencemaran (PSI) di Singapura.

Beliau berkata, angka rendah yang dicatatkan boleh menyebabkan orang ramai sambil lewa untuk mengambil langkah pencegahan sepanjang jerebu melanda negara.

Junaidi juga menafikan sistem IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjejaskan kesihatan awam.

Merujuk peada mesyuarat itu, beliau berkata, pakar antarabangsa turut mengiktiraf sistem yang digunapakai Malaysia.

"Wakil daripada jabatan kerajaan termasuk kesihatan, pendidikan turut menghadiri mesyuarat itu.

"Semuanya sebulat suara untuk menetapkan paras bahaya pada 201 sebelum sekolah ditutup, berbanding di Singapura hanya memutuskan untuk menutup sekolah pada PSI mencecah 300.

"Kita juga melakukan pembenihan awam apabila IPU melepasi angka 100, tetapi setahu saya Singapura tidak lakukannya," katanya.



Dr Hilmi Yahya, IPU, jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain