suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Tak Perlu Pertahan Tajuddin - MCA

Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR: Umno tidak seharusnya mempertahankan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana kenyataannya yang berbaur ugutan dan ancaman terhadap kaum Cina negara ini, kata Ketua Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen.

Beliau berkata, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu telah menyinggung komuniti China dan menggugat keharmonian di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

Beliau juga tidak setuju dengan penjelasan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang meminta supaya MCA berhenti mengkritik Tajuddin.

"MCA telah memaklumkan pendirian kami dengan jelas dan ancaman Tajuddin itu akan disampaikan menerusi saluran Barisan Nasional, katanya.

Pada Khamis, Tajuddin dilaporkan berkata beliau akan lempang warga Malaysia berbangsa Cina yang mendapatkan perlindungan daripada China.

Walaupun Tajuddin kemudiannya menafikan berkata sedemikian, tetapi rakaman yang siarkan portal berita berkenaan menunjukkan beliau sememangnya menggunakan perkataan itu walaupun ia dilontarkan secara berseloroh.

Kata Kim Sen, Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilihat bersikap angkuh dan kemudiannya berpura-pura seolah-olah tidak tahu telah mencetuskan ancaman seumpama itu.

"Jadi, tidak sepatutnya Tengku Adnan mempertahankannya," katanya.

Kata Kim Sen lagi, komuniti Cina tidak pernah ke China untuk menyuarkan sebarang rasa tidak puas hati atau mendapatkan perlindungan seperti mana yang didakwa Tajuddin.

"MCA sekali lagi ingin katakan bahawa parti politik dan ahli politik perlu serta merta berhenti mencetuskan isu perkauman, jika tidak situasi di negara ini semakin buruk," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain