suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

50 Rumah Atas Air Di Kampung Simunul Musnah

SEMPORNA: Kira-kira 50 buah rumah atas air di Kampung Simunul di sini, musnah dalam kebakaran Sabtu malam.

Ketua Balai Bomba Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata dua jentera bersama 18 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.44 malam tadi.

"Apabila sampai di tempat kejadian kira-kira 7.48 malam, api sedang marak dan anggota bomba menghadapi kesukaran untuk memadamkan api disebabkan jalan yang terlalu sempit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya turut dibantu sebuah jentera dengan lima anggota daripada Balai Bomba Tawau, serta enam anggota Balai Bomba Kunak.

Fazizul Hizam berkata api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 10 malam, dan setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.-- Bernama

Semporna, Kampung Simunul

Artikel Sebelum

Artikel Lain