suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Kelantan Nafi Kanak-Kanak Malaysia Minta Sedekah Di Thailand

KOTA BARU: Polis Kelantan pada Khamis menafikan dakwaan kononnya seorang kanak-kanak Malaysia ditemui sedang meminta sedekah oleh Polis Thailand di negara jiran itu.

Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan berkata dakwaan itu, yang kini viral dalam sosial media, pernah disebarkan di laman sosial Facebook pada 21 Mei 2014.

"Perkara ini telah viral pada 21 Mei 2014 dan ia tidak benar," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharudin Rasip ketika dihubungi turut menyangkal pegawai penyiasatnya telah ke Thailand untuk menyiasat perkara itu.

"Tiada pegawai penyiasat dihantar ke Thailand hari ini," katanya.

Artikel Lain