suria

Bumburing Disebut-Sebut Pimpin Parti Cinta Sabah

Wilfred Bumburing.

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing yang memenangi kerusi atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka memimpin parti pembangkang berbilang kaum bagi suku kaum Kadazandusun, Parti Cinta Sabah (PCS).

Perwakilan PCS, parti yang telah didaftarkan dua tahun lalu memberikan lampu hijau kepada Bumburing untuk mempengerusikan mesyuarat agung parti itu pada Ahad.

Jika Bumburing menerima jawatan berkenaan, beliau akan mengambil alih kedudukan Presiden PCS, Dr Nicholas James Guntobon.

"Saya ada dengar keputusan mesyuarat PCS. Saya belum buat sebarang keputusan lagi. Saya akan umum keputusan saya bila tiba masanya," kata Bumburing ketika dihubungi pada Isnin.

Bumburing bagaimanapun mengesahkan bahawa beliau merupakan anggota PCS.

Sementara itu, Dr Guntobon enggan memberikan komen berhubung keputusan yang dibuat oleh parti.

Artikel Sebelum

Artikel Lain