suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ambiga Gagal Cabar Arahan Sekatan Imigresen Sabah

Ambiga Sreenevasan.

KOTA KINABALU: Bekas pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan gagal dalam percubaannya untuk mencabar arahan sekatan terhadapnya oleh imigresen Sabah daripada memasuki negeri itu pada November 2014.

Pesuruhjaya Kehakiman, Gabriel Gumis menolak permohonan Ambiga apabila Mahkamah Tinggi tidak boleh mengkaji semula kuasa Jabatan Imigresen negeri.

Menurut peguam Ambiga, James Tsai, mahkamah memutuskan bahawa urusan imigresen tidak boleh dikaji semula berdasarkan keputusan kes Mahkamah Persekutuan - Pihak Berkuasa Negeri Sabah , V. Sugumar Balakrishnan, 2002.

Beliau berkata, dalam kes itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa klausa penyingkiran dalam Seksyen 59a Akta Imigresen 1959/63 bermaksud mahkamah tidak mempunyai alasan untuk semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan Sabah.

Tsai berkata, kuasa imigresen yang diberikan kepada Sabah hanya berlaku sekali dalam mahkamah bagi kes Sugumar, seorang status penduduk tetap di Sabah telah dibatalkan oleh kerajaan negeri.

Mahkamah juga tidak membenarkan sebarang semakan kehakiman apabila Ambuga gagal memberikan sebab munasabah mengenai mengapa beliau berhak memasuki Sabah.

Ambiga merancang untuk berkunjung ke Sabah pada 25 November 2014 bagi menghadiri program pergerakan Negara-Ku di mana beliau merupakan penaungnya.



Ambiga Sreenevasan

Artikel Lain