suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kevin Morais: Lelaki Dikehendaki Polis Serah Diri

KUALA LUMPUR: Seorang lagi lelaki yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan mendiang Anthony Kevin Morais menyerah diri, Selasa menjadikan kesemuanya 11 orang yang ditahan berhubung kes itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata lelaki berkenaan R. Dinishwaran, 22, menyerah diri pada pukul 4.15 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Maklumat awal dan gambar Dinishwaran bersama seorang lagi lelaki M.Vishwanath, 25, yang dikehendaki polis dan berjaya ditahan semalam, disiarkan pihak media pada Ahad.

Tahanan reman bagi Dinishwaran akan dipohon Rabu bagi siasatan lanjut, katanya.

Dalam perkembangan sama, Zainuddin berkata tempoh reman enam daripada suspek yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 28 September ini.

Mayat Morais, 55, Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q. -- Bernama

Kevin Morais, R Dinishwaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain