Jenazah Dua Lagi Mangsa Kren Tumbang Selamat Dikebumikan Di Makkah

Abdul Habib (kiri) dan Shahidan selamat dikebumikan di Makkah.

KUALA LUMPUR: Jenazah dua lagi jemaah Malaysia yang telah disahkan turut terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 September lepas, selamat dikebumikan di Makkah.

Jenazah Shahidan Saad, 52, dan Abdul Habib Lahman, 68, yang telah disahkan oleh waris mereka semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Maqbarah  As-Shohada' pada 7.45 malam (waktu tempatan).

Pengebumian jenazah kedua-dua jemaah yang berasal dari Kedah itu; Shahidan dari Kodiang dan Abdul Habib dari Sik, dihadiri isteri serta waris  masing-masing.

Turut berada di Tanah Perkuburan Maqbarah As-Shohada' untuk pengebumian itu ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) Tan Sri Hashim Meon, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah, Ketua Rombongan Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Proses pengecaman dua jemaah berkenaan dilakukan waris dan anggota keluarga mangsa di rumah mayat Muaissem di Mina.

Abang Shahidan, iaitu Sobri serta adiknya Zulhakim serta Mohamad Fazil iaitu anak lelaki Abdul Habib tiba di Makkah pada Jumaat bagi melakukan ujian padanan DNA.

Asyraf Wajdi dalam sidang media berhubung perkara itu di Makkah semalam berkata ketika ini pihak TH sedang menumpukan pada usaha mempercepat proses pengurusan pengebumian jenazah bersama pihak Muassasah Asia Tenggara.

Sebelum ini, lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah (Kelantan); Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai (Kelantan); Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku (Kelantan) dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.

Dalam kejadian 5 petang pada 11 Sept lalu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat asar.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran. -- Bernama


Makkah, kren, Shahidan Saad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain