suria

Pentadbiran Najib Lebih Terbuka - Tunku Aziz

Tunku Abdul Aziz

PUTRAJAYA: Kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan lebih banyak kebebasan untuk rakyat berbanding pada zaman sebelumnya, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Beliau berkata sikap keterbukaan dan ruang tidak terdapat pada masa lalu dengan undang-undang yang menekan dikenakan.

"Sebaliknya, kerajaan di bawah Najib telah melakukan lebih baik. Di bawah kerajaan sekarang... wujud lebih banyak keterbukaan dan ruang," katanya demikian semasa sesi bengkel pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IAAC) ke-16 di sini, Jumaat.

Beliau berkata peserta persidangan mungkin telah menyaksikan rakyat berhimpun di jalanan selepas berada di negara ini - rujukan kepada perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lepas.

Perhimpunan seperti itu tidak berlaku pada masa lalu, katanya.

Ketika itu, beliau berkata, ada kemungkinan bahawa peserta perhimpunan akan berdepan dengan tembakan meriam air untuk menyuraikan mereka.

Artikel Lain