suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arab Spring Tidak Berlaku Di Malaysia Jika Rakyat Dibenarkan Bersuara

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Amnesty International, Salil Shetty menegaskan ancaman Arab Spring tidak akan berlaku di Malaysia sekiranya rakyat diberi kebebasan sepenuhnya untuk bersuara dan mengadakan perhimpunan aman.

Menurut beliau, tindakan menyekat kebebasan tersebut menggunakan Akta Hasutan dan Akta Pencegahan Keganasan akan menyebabkan mereka menggunakan perhimpunan untuk menyuarakan pendapat terhadap kerajaan.

"Rasuah hampir pasti berlaku di mana sahaja kerana hak asasi manusia tidak wujud tanpa rasuah. Pengamal media, pelajar, badan bukan kerajaan, Ahli Parlimen Pembangkang mungkin terdedah kepada ancaman berdepan sebarang tindakan," katanya pada bengkel dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) di sini Jumaat.

Shetty turut membidas dakwaan yang menyatakan kebebasan bersuara akan mendedahkan Malaysia kepada ancaman Arab Spring.

"Tiada orang Arab dan tiada musim bunga di Malaysia. Hanya ada musim panas yang indah," katanya dalam nada seloroh sambil disambut tepukan peserta persidangan.

Beliau berkata kerajaan Malaysia harus yakin dengan rakyatnya yang berjanji untuk berhimpun secara aman.

"Saya gembira melihat pihak berkuasa tidak melakukan kekerasan kepada penyokong Bersih 4.0 pada hujung minggu lalu," katanya.

Arab Spring, IACC, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Lain