Polis Tawar Ganjaran Cari Individu Pijak Gambar PM, Hadi - Semasa | mStar

Polis Tawar Ganjaran Cari Individu Pijak Gambar PM, Hadi

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menawarkan ganjaran kewangan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sewaktu perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata polis memandang serius perbuatan memijak gambar itu kerana ia mewujudkan suasana tegang sehingga membangkitkan ketidaktenteraman awam dalam kalangan masyarakat di negara ini.

"Polis harus mengambil tindakan mengikut landasan undang-undang bagi memastikan perkara sebegini tidak mencetuskan tindak balas mana-mana pihak yang akhirnya akan menjejaskan keselamatan awam," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan amaun yang ditawarkan.

Sehubungan itu, polis menyeru kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai pelaku-pelaku terbabit agar tampil membantu siasatan.

Bersih 4

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pentadbiran Najib Lebih Terbuka - Tunku Aziz

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain