Kuasa Rakyat Pilih Kerajaan Ketika Pilihan Raya - Najib - Semasa | mStar

Kuasa Rakyat Pilih Kerajaan Ketika Pilihan Raya - Najib

Najib menyampaikan ucapan perasmian Festival Rakyat@Pasir Salak di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah pada Jumaat malam. -fotoBERNAMA

PASIR SALAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 'people's power' atau kuasa rakyat untuk memilih kerajaan hanya boleh digunakan sewaktu pilihan raya.

Beliau berkata ketika itu rakyat berhak menghukum dan mengadili pemimpin yang mereka sukai atau benci.

"Waktu pilihan rayalah waktu kita serah kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Hukumilah kita, adililah kita sebagai kerajaan pada hari ini sama ada baik atau tidak, rakyat boleh tentukan.

"Di antara pilihan raya, kita tak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara kita," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Rakyat@Pasir Salak di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, di sini pada Jumaat malam.

Najib berkata kerajaan pada hari ini bukanlah tidak mahu diadili rakyat kerana kerajaan menyedari rakyat yang menentukan segala-galanya.

Bagaimanapun, beliau berkata perlembagaan menyatakan bahawa kuasa rakyat untuk berbuat demikian hanya sekali dalam lima tahun.

"Rakyat dapat kuasa bukan disebabkan memakai baju yang satu warna, apatah lagi dengan sikap angkuh, biadap dan keterlaluan menghina pemimpin-pemimpin parti politik dan kerajaan itu dianggap sebagai cerminan isi hati rakyat.

"Kita bukan jenis manusia seperti itu, kita membangunkan negara dengan kesantunan akhlak dan nilai walaupun kita berbeza pendapat, tetapi kita tidak mengaibkan mana-mana orang.

"Saya dan rakan-rakan sanggup diadili, waktu pilihan raya, sekiranya tidak suka saya boleh bertanding di Pekan (Pahang) umpamanya, saya terima siapa nak bertanding di Pekan," katanya.

Perdana menteri berkata pada ketika pilihan raya barulah diketahui sama ada rakyat bersama kerajaan atau tidak.

Beliau berkata dalam tempoh lima tahun, sudah tentu adakalanya keadaan baik atau sebaliknya.

Namun, tegasnya, rakyat tidak sepatutnya membiarkan kerajaan dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan dengan mengetepikan proses demokrasi.

"Kita negara yang aman dan mengamalkan demokrasi, bukan mengamalkan undang-undang rimba dan boleh berbuat sesuka hati sehingga menyebabkan kerajaan boleh tumbang," katanya.

Beliau berkata kerajaan mempunyai perancangan untuk membantu rakyat namun ia telah disalah erti seolah-olah kerajaan ingin membebankan rakyat seperti pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau menarik perhatian bahawa menukar kerajaan melalui kekerasan boleh mengundang masalah yang lebih buruk seperti yang dialami beberapa negara Timur Tengah.

Terdahulu, Najib menyusuri Sungai Perak ke tapak festival dari Resort Pasir Salak.

Lebih 20,000 penduduk setempat menghadiri festival itu.

Festival tiga hari bermula hari ini antaranya menyemarakkan semangat patriotik serta cintakan negara terutama rakyat Malaysia dan memaparkan sumbangan kerajaan dalam pembangunan negara terutama sektor pertanian melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Aktiviti menarik sepanjang festival itu ialah pameran dan jualan, pertandingan, demonstrasi dan pertunjukan, aktiviti riadah serta hiburan.

Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain